Thursday 10 November 2011

JENIS-JENIS RUMAH DI MALAYSIA


  • Rumah adalah keperluan asas yang perlu ada bertujuan untuk dijadikan sebagai tempat berlindung dan merupakan keperluan peringkat ke dua yang mesti dicapai untuk tujuan keselamatan sebelum keperluan-keperluan dalam peringkat yang lebih tinggi dipenuhi.
  • Rumah sebagai keperluan diri dan keluarga, ia merupakan sempadan fizikal yang memisahkan satu keluarga dengan keluarga yang lain. 
Jenis-jenis rumah di Malaysia. 
  1. Rumah Tradisional-terdapat di kawasan kampung atau luar bandar. Contohnya : rumah panjang, rumah minangkabau, rumah Melaka, rumah bagan dan rumah rakit.
  2. Rumah Moden - terdapat di kawasan pekan atau bandar. Contohnya :rumah banglo, rumah pangsa, rumah teres dan rumah kondominium.
Rumah Tradisional
 
     Rumah Minangkabau
    Rumah adat minangkabau memiliki bentuk yang khas terutama pada bentuk atapnya yang disebut sebagai atap GONJONG atau BAGONJONG. Ia banyak terdapat di Negeri Sembilan.

    Rumah Panjang
    Rumah panjang ini banyak terdapat di Sarawak dan Sabah. Rumah ini dibina secara memanjang dan mempunyai banyak bilik. 

    Rumah Melaka
    Rekabentuk rumah tradisional Melaka dengan bumbung layar dan verandah terbuka serta juga tangga batunya adalah merupakan warisan tradisi yang semakin dihimpit oleh rekabentuk baru dan moden dengan bangunan batu.

    Rumah Bagan 

    Rumah bagan adalah rumah yang dibina di dalam air. .Rumah bagan dibina dengan menggunakan tiang yang tinggi.Rumah bagan juga amat sesuai untuk nelayan yang mencari rezeki. Rumah bagan terdapat di Kuala Kurau, Kuala Gula dan banyak di Sabah.Secara keseluruhannya rumah bagan banyak terdapat di negeri Sabah.

    Rumah Rakit

    Rumah Rakit adalah rumah yang dibina di atas air. Biasanya dibina di tepi sungai atau di tasik. Kebanyakan Rumah Rakit dihuni oleh orang kampung yang menjadikan sungai atau tasik sebagai mata pencariannya. Disamping ada juga individu membuat rumah rakit sebagai tempat untuk menyimpan sampan dan alat-alat menangkap ikan.



    Rumah Moden
     Rumah banglo
    Rumah ini dibina dengan setiap unit tidak bersambung antara satu sama lain. 
    Rumah Pangsa

    Rumah ini dibina bertingkat yang mengandungi unit rumah berasingan. Terdapat kemudahan asas seperti kedai, tempat letak kereta, tempat pembuangan sampah dan lif. Rumah ini diklasifikasi sebagai rumah mampu milik. 

     
    KONDOMINIUM 
     Bangunan ini dibina bertingkat dengan unit rumah yang berasingan. Keluasan unit rumah lebih luas berbanding rumah pangsa. Kemudahan yang disediakan pemaju antaranya dewan, gimnasium, kolam renang, dobi dan kawalan keselamatan.

    Rumah Teres


    Diperkenalkan pada permulaan abad kedua puluh, rumah teres (juga digelar rumah paut lurus) telah digunakan di Malaysia dan Singapura sejak pemerintahan awal British pada kedua-dua negara tersebut.

    No comments:

    Post a Comment